Tuesday, August 28, 2007

Tiada Yang Mustahil

Saya nak share satu cerita la. Cerita seorang mamat yang pernah belajar kat Australian National Uni. Family dia hantar dia ke Canberra untuk sambung belajar. Tak de skolarship. JPA ke Mara ke Petronas ke, tak de (yang paling penting, dia tak mintak pun pinjaman PTPTN). Bapak dia yg tanggung. Kiranya ditaja oleh FaMa la. (Saja nak bagi nampak up sikit)

Awal-awal dia kat Canberra, segalanya okay. Tapi dekat-dekat nak habis first year, kedai bapak dia terbakar.Maka bermula lah satu kehidupan sedih dalam hidup mamat ni. Apa tak nya, bapak dia dah tak mampu nak bayar dia belajar kat Australia. Maklumlah, kos belajar kat Australia ni bukannya murah. Berdasarkan kiraan kasar saya, tuition fees saja ada la kot dalam AUS15,000 setahun. (kira-kira RM45,000 setahun). Tu baru tuition fees, tak masuk lagi accomodation, tak masuk lagi belanja sara hidup.

Mamat ni cerita kat saya, dia pernah kena panggil sebab yuran sekolah tak bayar lagi. Sampai tahap hampir-hampir kena tahan dari masuk exam. Tapi mamat ni tak putus asa. Dia kerja untuk cari duit nak bayar yuran. Kerja bagai nak mati. Then, pinjam duit dengan sedara mara. (Ada je orang yang sudi tolong, insyaAllah)

Dipendekkan cerita, sekarang mamat ni dah grad. Dah kerja dah. Kerja kat Australia. Gaji pun masyuk. Ada la dalam AUD 35-45k setahun. Sekarang tengah dalam proses membayar balik hutang piutang kat sedara-mara. (Kalau reti pinjam, kena la reti cari jalan nak bayar balik. Sesetengah orang tu bila nak meminjam je manis mulut, tapi bila tiba masa nak membayar balik hutang liat macam tanah liat. Tu yang orang susah nak bagi pinjam tu.)

Moral of the story:
Percaya la tiada apa yang mustahil dalam hidup ni. Mungkin ada benda dalam hidup kita yang nampak sukar untuk dicapai, tapi sebenarnya itu adalah mindset kita sahaja. Pandai-pandai la cari jalan untuk mencapainya. Kita Boleh, Malaysia Boleh, Islam Boleh…

Thursday, August 16, 2007

Hutang

Hasan (bukan nama sebenar), merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di ibu kota. Dia berasal dari sebuah kampung yang tak dikenali di negeri Cik Siti Wan Kembang. Bapanya bekerja sebagai guru sekolah rendah manakala ibunya tidak bekerja.

Seperti kebanyakan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang lain, Hasan ditaja (mendapat bantuan pinjaman) dari PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). PTPTN memberi pinjaman kepada Hasan sebanyak RM2,500 per semester selama 8 semester. Di samping wang pinjaman PTPTN, bapa Hasan biasanya akan memberikan elaun RM200 sebulan kepada anak kesayangannya itu.

Hasan membayar kira-kira RM1,000 per semester untuk yuran-yuran yang berkaitan dengan pengajiannya. Selebihnya digunakan untuk makan, minum, topup telefon, beli baju seluar, belanja rakan-rakan, beli komputer, beli telefon baru, komik, novel dan sebagainya.

Empat tahun kemudian, maka tamatlah pengajian Hasan di universiti. Enam bulan selepas menamatkan pengajian, Hasan melayari laman web maybank2u untuk melihat berapa sen baki wang yang ada dalam satu-satunya akaun bank yang dimilikinya. “Alamak, duit tinggal RM50 ringgit je,macamana nak bayar bil Streamyx bulan ni?” Hasan bermonolog dalaman. “Hasan, ada surat!” tiba-tiba kedengaran suara ibunya memanggil. Hasan keluar dan mengambil surat dari tangan ibunya. “Arghhh, surat PTPTN!!!”

Tanpa disedari, kehidupan Hasan telah terbelenggu dengan hutang. Hutangnya adalah sebanyak RM20,000 + 3% caj perkhidmatan (yang ni ada ustaz kata riba) Wallahu A'lam

Wednesday, August 1, 2007

Peringatan Untuk Pengumpul Harta

Terjemahan surah Al-Humazah

Surah 104 yang mengandungi 9 ayat.

1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.
2. yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya*
3. dia mengira harta itu dapat mengekalkannya.
4. sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. iaitu api Allah yang dinyalakan.
7. yang (membakar) sampai ke hati.
8. sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka.
9. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

*maksudnya: mengumpulkan dan menghitung harta yang menyebabkannya menjadi kedekut dan tidak mahu menafkahkannya di jalan Allah.

Thursday, July 26, 2007

E.F.T.P.O.S - What The Name Of Tiger?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah itu EFTPOS. EFTPOS adalah singkatan bagi “Electronic Fund Transfer at Point Of Sale”. Saya nak terjemah satu-satu dalam bahasa Melayu pun macam tak kena je. EFTPOS amat popular di Australia dan boleh dikatakan semua orang yang mempunyai akaun bank di sini akan mempunyai sekeping kad EFTPOS. Bentuknya seperti kad ATM di Malaysia (dan mempunyai fungsi yang sama, iaitu untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM). Kad ini walaubagaimanapun lebih istimewa dari kad ATM kerana ada fungsi tambahan iaitu boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai. Lebih kurang macam kad kredit tapi bukan kad kredit. Ciri-ciri EFTPOS ni sama seperti kad debit cuma mungkin tidak sepopular kad VISA Debit.

Apa tujuan saya menulis mengenai EFTPOS ni? Sebenarnya saya nak berkongsi satu cara saya mengawal cashflow (aliran tunai) saya. Biasanya, kita atau lebih tepat lagi saya, akan menggunakan cash (tunai) untuk membayar barang-barang yang dibeli di supermarket, membayar makanan di restoran ataupun apa sahaja yang perlu dibayar dengan duit.

Namun sedarkah anda bahawa tindakan membayar tunai sebenarnya adalah tidak bagus untuk mengawal wang keluar masuk anda? Sekaligus usaha anda untuk menyimpan duit juga agak kurang berjaya.

Saya sebelum ini lebih selesa untuk membayar tunai kerana sudah terbiasa dengan cara itu. Sepanjang tahun pertama saya di Australia, hanya beberapa kali sahaja saya menggunakan kemudahan EFTPOS ni. Maklumlah tak biasa. Nak swipe kad pun tak reti asyik salah je. Kat rumah beli barang guna duit, ni nak guna kad rasa semacam pula.

Namun lama kelamaan saya menyedari bahawa tindakan yang saya buat ini sebenarnya kurang bagus. Kenapa? Kerana setiap kali saya membeli sesuatu contohnya sehelai baju yang berharga $16.89, saya biasanya akan mengeluarkan wang terlebih dahulu di mesin ATM sebanyak $20. Dan saya akan membayar baju tersebut dengan wang $20 itu dan akan menerima baki sebanyak $3.10. Sedar tak sedar wang baki sebanyak $3.10 tu biasanya akan hangus begitu sahaja atas pelbagai sebab. Beli gula-gula la, hilang la, member pinjam la (yang sudah tentu tidak akan dibayar balik kerana berapa sangat la wang tu dibandingkan dengan persahabatan kita =)

Tapi bila menggunakan EFTPOS, masalah itu tidak timbul. Wang $3.10 itu tidak akan hangus. Akan selamat tersimpan di dalam akaun bank anda.

Ye $3.10 tu bukan lah jumlah yang banyak. Tapi itu kalau satu transaksi je. Cuba bayangkan dalam sebulan anda ke supermarket sekali seminggu, sebulan dah 4 kali. Makan kat kedai sekali sehari (sebulan dah 30 kali). Kalau setiap kali duit anda hangus $3.10, bayangkan dalam sebulan berapa banyak duit anda hangus begitu sahaja?

34 x $3.10 = $105.40

Seratus Lebih???!!

*What the name of tiger? - (Gapo namo rima?) - Apa benda tu?
*saya tidak pasti samada EFTPOS wujud atau tidak di Malaysia. Adik beradik EFTPOS adalah debit kad. Namun debit kad biasanya ada caj tahunan/bulanan.
*jika anda tiada kemudahan EFTPOS atau debit kad, saya nasihatkan daripada wang baki ini hangus macam tu je, ada baiknya diinfaqkan ke jalan Allah. (kalau ada kemudahan EFTPOS ni pun memang tetap digalakkan untuk bersedekah) Ini lah ‘investment sebenar’ untuk masa depan.

Thursday, July 19, 2007

Apa Itu Rule 72?

Lama betul tak menulis entri untuk blog ni. Ada la sebulan lebih kot. Exam campur cuti campur malas. Tu la sebab utama blog ni tak terupdate. Oleh kerana dah lama benar ‘bercuti’ ni, maka hari ini saya nak juga menulis sesuatu.

Untuk entri kali ni, saya nak sentuh berkenaan dengan “Rule 72″. Tau tak apa itu “Rule 72″? Rule ni saya pertama kali dengar daripada tutor subjek finance saya tahun lepas. (Finance, subjek yang paling hancuss sekali result sejak dua menjak ni).

Rule 72 sebenarnya merupakan cara mudah untuk mengira tempoh masa yang diperlukan untuk nilai wang menjadi ‘double’. Sebagai contoh, jika kita membuat pelaburan yang memberikan pulangan 10%, berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk duit RM1,000 yang kita laburkan akan berganda menjadi RM2,000?

Dengan Rule 72, anda hanya perlu bahagikan;

72/(pulangan@interest atas pelaburan)

Dalam kes di atas, kita bahagikan;

72/10 = 7.2.

Ini bermakna, kita akan dapat menggandakan wang yang dilabur dalam tempoh 7.2 tahun.

Mungkin anda merasakan tak ada apa sangat pun yang best mengenai Rule 72 ni. Setakat duit berganda jadi RM2,000 je. Tu pun ambil masa 7 tahun lebih.

Duit berganda jadi RM2,000 tu kalau kita labur RM1,000. Kalau labur RM10,000? RM100,000? RM1,000,000? Bukan ke besar pulangannya tu. Ini la yang orang duk kata “The rich get richer.”